Monday, June 7, 2010

November 2008...
Lawatan sambil belajar ke Deerland, Lanchang Pahang merupakan satu siri lawatan yang istimewa kerana aktiviti - aktivitinya yang cukup menarik! Jungle tracking merupakan aktiviti yang amat aku rindui manakala flying fox adalah aktiviti yang aku tunggu selama ini. Lawatan disertai oleh murid tahap dua dan beberapa orang guru pengiring. Aktiviti utama di Deerland adalah mengenali dan mendekati secara lebih rapat dengan rusa terutamanya dan juga haiwan - haiwan lain. Menariknya di sini, kami bukan saja dapat melihat haiwan tersebut malah dapat memberi mereka makan! Seperti memberi rusa memakan ubi keledek, memberi makan rumput kepada burung unta dan paling best memberi beruang menjilat susu di telapak tangan. Itulah uniknya Deerland... Sebenarnya Deerland merupakan sebuah taman haiwan yang dimiliki secara peribadi oleh En. Abdullah dan dibantu oleh anak perempuannya Herlina dan juga anak - anak lelakinya. Pakej makanan kami disitu juga disediakan oleh keluarga beliau. Selain mendekati haiwan, kami juga diajar cara - cara menyumpit dengan betul disamping melihat tumbuhan herba yang tumbuh di kawasan tersebut daripada titian yang menyerupai jambatan gantung. Permainan flying fox betul - betul mengujakan kerana sebelum 'fly' aku terpaksa merentasi sebatang sungai dengan cara hanya meniti seutas tali yang dipasangkan khas merentasi sungai tersebut, memang mencabar tetapi menjadi satu kepuasan apabila aku berjaya melakukannya.
27 julai kian menjelma, di mana tarikh tersebut merupakan tarikh ulangtahun kelahiran puteri sulung kami iaitu Nurin Damia yang ke lima tahun
7 jun 2010
menghadiri kursus pembangunan laman blog di ILDAS. bertolak pada jam lima pagi tadi dengan menaiki kereta guru srapajam .